Monday, May 23, 2011

terapi bebas emosi ( EFT )


Assalamulaikum,

Segala puji dan puja hanya layak bagi Allah, pentadbir sekelian alam. Selawat dan salam khas untuk rahmat sekelian alam, Sayyidina Muhammad, para ahli baginda, para sahabat baginda, para tabiin dan para auliyak allah.

Dah lama rasanya tidak mencoretkan sebarang cerita di blog ini.Hari ini, alhamdulillah dapat saya luangkan masa untuk berkongsi serba sedikit cerita. Pada 23 April yang lalu, saya telah diberi kesempatan oleh Allah untuk mengikuti satu workshop terapi emosi yang dikendalikan oleh tuan Ammar Mahmood. Banyak perkara yang telah dikongsi oleh tuan Ammar dalam workshop tersebut. Apa yang menariknya, dalam workshop tersebut kami telah didedahkan dengan energi psikologi, punca-punca stress dan cara membangkitkan emosi positi melalui kaedah EFT ( emotional freedom techniques). Saya bersykur kepada Allah dan berterima kasih kepada Tuan Ammar dengan perkongsian ilmu tersebut. Banyak faedah yang dapat kami tahu melalui teknik EFT ini.

Tuesday, September 14, 2010

SALAM AIDILFITRI


Segala puji dan puja hanya layak bagi ALLAH, Pentadbir alam semesta. Terima kasih ya ALLAH, kerana masih lagi mengurniakan nikmat hidup kepada saya. Selawat dan salam khas buat Sayyidina Muhammad, rahmat untuk sekelian alam, para ahli baginda serta para sahabat baginda.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya Aidilfitri khas untuk semua yang mengenali diri saya. Segala salah dan silap yang dilakukan sama ada sengaja atau tidak, saya pohonkan jutaan kemaafan.

Bersempena bulan syawal yang mulia ini, saya ingin mengajak para pembaca bersama-sama muhasabah, apakah kesan ibadah-ibadah yang telah dilakukan pada bulan Ramadhan yang lalu terhadap diri kita? Apakah kita masih lagi melakukan Solat Sunat Tahajjud sehingga sekarang? Apakah kita masih lagi menatap dan membaca ayat-ayat ALLAH sepertimana yang kita lakukan pada bulah Ramadhan yang lalu? Atau, ibadah-ibadah ini berlalu daripada kehidupan kita bersama-sama berlalunya Ramadhan.

Para pembaca yang dikasihi sekelian,

Ibadah yang terbaik adalah ibadah yang terus dilakukan dan menjadi istiqamah dalam hidup kita walaupun ia sedikit. Dan ibadah tersebut tidak dilakukan secara bermusim. Tuntutan beribadah dan berzikir kepada ALLAH tidak hanya dituntut pada bulan Ramadhan sahaja, tetapi sepanjang masa selagi hayat dikandung badan. Marilah sama-sama kita bertekad dan berusaha untuk istiqamah dalam melakukan ibadah-ibadah yang telah kita lakukan sebelum ini. Jadikanlah ibadah-ibadah ini sebagai darah daging kita, moga-moga kita mendapat kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan Akhirat. Dan moga-moga matlamat kita untuk menjadi hamba yang bertaqwa akan terkabul.