Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU..


Assalamualaikum,

Segala puji dan puja hanya layak bagi Allah, selawat dan salam khas untuk Sayyidina Rasulullah...

Tarikh 16 Mei merupakan tarikh yang amat bermakna bagi setiap insan yang bergelar guru...Pada tarikh inilah para guru akan diraikan oleh semua warga sekolah khasnya pelajar-pelajar. Pelbagai hadiah diberikan kepada para guru, membuktikan bahawa diri guru tetap berada di hati murid-murid. Bagi guru yang agak popular, hadiah yang diterima mungkin akan memenuhi ruang bonet kereta. Itulah pelajar-pelajar. Walaupun kadangkala mereka seolah-olah tidak memperdulikan kita, sering menyakitkan hati kita, namun di dalam hati mereka, diri kita tak pernah dilupakan.

Disini saya datangkan satu sms yang saya terima yang membuatkan hati saya tersentuh dan bertanya-tanya, guru yang mana aku sebenarnya. Marilah kita renungi sms ini wahai para guru, moga kita boleh mengambil manfaat daripadanya.

" Guru mempunyai saham atas runtuhnya akhlak dan disiplin, peningkatan pelbagai jenayah, manusia tidak kenal Allah dan Rasul. Derhaka guru kepada pelajar ialah apabila guru tidak memperkenalkan pelajar-pelajar dengan Allah dan Rasul, solat, haram dan halal serta akhlak yang mulia di dalam setiap aktiviti sama ada kurikulum atau kokurikulum. Beruntunglah guru yang mampu melahirkan para pelajar yang soleh dan solehah."