Thursday, November 13, 2008

7 LANGKAH MENJANA SIFAT KECEMERLANGAN


Sesungguhnya kita sentiasa dihimpit oleh perasaan tidak yakin pada diri sendiri. Kita berasa seolah-olah dunia dan masyarakat di sekeliling kita sentiasa memerhati kita. Paling malang apabila kita tidak mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan segala pancaroba yang sentiasa melintasi kehidupan kita. Oleh kerana itu kita perlu bangun, sekalipun dengan seribu kepayahan kerana setiap kejadian itu mempunyai kelebihannya yang tersirat. Hanya Allah sahaja yang maha Mengetahui. Oleh kerana itu marilah kita merencanakan kehidupan kita dengan sifat-sifat yang cemerlang seperti berikut :

1. Orang yang cemerlang semakin tercabar, semakin kuat.

2. Orang yang cemerlang melihat peluang dalam kegawatan.

3. Orang yang cemerlang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.

4. Orang yang cemerlang sentiasa mencari jalan memperbaiki diri.

5. Orang yang cemerlang tidak menyalahkan keadaan.

6. Orang yang cemerlang sentiasa mendengar dulu pendapat orang.

7. Orang yang cemerlang sentiasa berusaha untuk bangun apabila terjatuh.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang cemerlang di dunia dan akhirat dengan rahmat Allah.

1 comment:

sha96_5a said...

ya..ia memang satu langkah yang amat baik dan berkesan!