Thursday, November 6, 2008

Bahayanya dosa dan maksiat...

Ketahuilah sahabatku,
Bahayanya dosa dan maksiat terhadap hati seperti bahayanya racun terhadap tubuh badan. Kesan bahayanya itu berbeza-beza. Ada yang kuat dan ada yang lemah. Di antara kesan dosa dan maksiat terhadap manusia di dunia ialah :

1.Tidak mendapat ilmu yang manfaat kerana ilmu Allah itu adalah nur ( cahaya ). Nur Allah takkan turun ke dalam hati dan diri orang yang melakukan maksiat.

2.Memadamkan cahaya hidayah yang ada di dalam hati.

3.Menjauhkan diri daripada Allah.

4.Menyebabkan urusan hidup menjadi susah.

5.Menimbulkan kegelapan di dalam hati.

6.Melemahkan tubuh badan.

7.Merosakkan akal.

8.Menjauhkan keberkatan.

9.Mewarisi kehinaan.

10.Menghilangkan pelbagai kenikmatan dan penyebab kefakiran.

No comments: