Sunday, November 30, 2008

ADAB PELAJAR MUSLIM 4


ADAB BERSAMA GURU
1. Taat kepada guru dalam semua perkara kecuali kemaksiatan kepada Allah dan Rasul.


2. Bertutur dan bercakap dengan lemah lembut dan penuh rendah diri.


3. Meminta izin untuk bertanya atau beredar dari majlis.


4. Memberi salam apabila bertemu guru dan sentiasa menghormati guru.

5. Memberi sepenuh tumpuan dalam pengajaran guru.

6. Duduk dengan sopan dan sentiasa tenang.


7. Lakukan apa yang disenangi oleh guru dan hindari daripada menyinggung perasaannya.


8. Mendoakan kesejahteraan mereka.


9. Mengambil berkat dengan mereka, doa mereka, bekas atau lebihan air atau makanan mereka. begitu juga tempat mereka mengajar dan orang-orang yang akrab dengan mereka.

Sunday, November 23, 2008

ADAB PELAJAR MUSLIM 3

ADAB DENGAN IBU BAPA

1. Taat kepada mereka kecuali perkara yang ditegah syara'
2.Melakukan kerja-kerja yang menyanangkan hati kedua-duanya walaupun mereka tidak menyuruhnya.
3. Bercakap dengan mereka penuh beradab dan lembut.
4. Segera menjawab panggilan mereka.
5. Memuliakan kedua-duanya dan memberikan apa yang dikehendaki oleh mereka ( mengikut kemampuan )
6. Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
7. Mencium tangan mereka pada waktu pagi dan petang atau waktu-waktu yang munasabah.
8. Memohon supaya mereka mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada kita.
9. Berbincang apa-apa masalah dengan mereka dan jangan merahsiakan sesuatu daripada mereka.
10. Sayangilah mereka dengan sepenuh hati.

Wednesday, November 19, 2008

ADAB PELAJAR MUSLIM 2

ADAB KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

1. Cintakan Nabi S.A.W
2. Beriman dan percaya dengan segala perkara yang dinyatakan oleh Baginda S.A.W
3. Kasihkan keluarga, sahabat dan sekelian umat Baginda S.A.W
4. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W
5. Memuliakan dan mengamalkan sunnah Nabi S.A.W
6. Sentiasa mengharapkan syafaat Nabi S.A.W dan bertawasul dengan Baginda S.A.W
7. Menyebut nama Nabi S.A.W dengan penuh adab seperti 'Saidina Muhamad', 'Rasulallah' atau 'Nabi Allah'.
8. Selalu memuji Baginda S.A.W dalam semua keadaan dan berakhlak dengan akhlak-akhlak Baginda S.A.W

Saturday, November 15, 2008

ADAB PELAJAR MUSLIM


ADAB KEPADA ALLAH.

1. Cintakan Allah.
2. Ikhlaskan segala amalan semata-mata kerana Allah.
3. Takut dan harap kepadaAllah.
4. Bersyukur apabila menerima nikmat.
5. Bersabar dan bersangka baik apabila menerima ujian dan musibah.
6. Melihat taufik dan hidayah Allah apabila dapat melakukan ibadat dan ketaatan.
7. Sentiasa berzikir kepada Allah dan bertaubat memohon keampunanNya.
8. Tidak berputus asa, sentiasa mengharapkan rahmat daripada Allah.
9. Melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
10. Beriman dengan penuh keyakinan dengan qadha dan qadar yang ditetapkan Allah.

Friday, November 14, 2008

Thursday, November 13, 2008

7 LANGKAH MENJANA SIFAT KECEMERLANGAN


Sesungguhnya kita sentiasa dihimpit oleh perasaan tidak yakin pada diri sendiri. Kita berasa seolah-olah dunia dan masyarakat di sekeliling kita sentiasa memerhati kita. Paling malang apabila kita tidak mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan segala pancaroba yang sentiasa melintasi kehidupan kita. Oleh kerana itu kita perlu bangun, sekalipun dengan seribu kepayahan kerana setiap kejadian itu mempunyai kelebihannya yang tersirat. Hanya Allah sahaja yang maha Mengetahui. Oleh kerana itu marilah kita merencanakan kehidupan kita dengan sifat-sifat yang cemerlang seperti berikut :

1. Orang yang cemerlang semakin tercabar, semakin kuat.

2. Orang yang cemerlang melihat peluang dalam kegawatan.

3. Orang yang cemerlang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.

4. Orang yang cemerlang sentiasa mencari jalan memperbaiki diri.

5. Orang yang cemerlang tidak menyalahkan keadaan.

6. Orang yang cemerlang sentiasa mendengar dulu pendapat orang.

7. Orang yang cemerlang sentiasa berusaha untuk bangun apabila terjatuh.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang cemerlang di dunia dan akhirat dengan rahmat Allah.

Monday, November 10, 2008

RAIH KECEMERLANGAN DENGAN FOMULA 7 B


Kecemerlangan dan kejayaan adalah milik setiap individu dan mampu dicapai oleh semua. Tetapi, tidak semua orang mengetahui bagaimana cara mendapatkannya. Dalam Islam, kejayaan bukan hanya dilihat dari sudut dunia semata-mata, bah kan juga akhirat. Oleh sebab itu, kita perlu menyusun formula bagi meraih kejayaan yang memberi manfaat di dunia dan Akhirat. Semoga formula yang diberikan di bawah dapat dijadikan bahan renungan sekali gus menjadi motivasi kepada kita semua dalam memburu kecemerlangan yang hakiki.
  • Beribadat dengan benar dan istiqamah.
  • Berakhlak terpuji.
  • Belajar dan berlatih tanpa henti.
  • Bekerja keras dengan cerdas dan ikhlas.
  • bersederhana dalam hidup.
  • Bantu sesama manusia.
  • Bersihkn hati.

KEAJAIBAN WUDHUK DARI SEGI KESIHATAN

1.Berkumur-kumur.

Mulut adalah organ tubuh yang paling penting untuk dibersihkan. Di tempat ini segala makanan dikunyah. Sisa-sisa makanan yang tertinggal dicelah-celah gigi akan merangsangkan pertumbuhan kuman-kuman yang merosakkan kesihatan mulut kita.

2.Memasukkan air ke dalam hidung.

Bulu-bulu yang tumbuh di dinding hidung taidak cukup kuat untuk menyaring kekotoran udara dan termasuk kuman yang ikut berterbangan. Dengan membersihkan kekotoran itu secara kerap, hidung akan bersih dan pernafasan kita akan lebih lancar dan kesihatan paru-paru akan lebih baik.


Friday, November 7, 2008

TERAPI JIWA DARIPADA ALLAH UNTUK ORANG-ORANG ISLAM


Akhir-akhir ini kes sakit jiwa di kalangan anggota masyarakat kita semakin meningkat. Kes-kes bunuh diri dan amuk sudah sampai ke tahap yang agak kronik. Begitu juga dengan gejala dadah. Semakin hari pertambahan pada gejala ini begitu pesat seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan turun. Megapa fenomena sebegini berlaku pada zaman yang dianggap serba maju dan canggih ini? Segalanya berpunca daripada satu perkataan iaitu STRES atau TEKANAN JIWA.
Namun sebagai umat Islam, kita seharusnya bersyukur kerana penawar untuk penyakit ini telah diturunkan oleh Allah kepada kita melalui rasulNya yang mulia, Saidina Muhammad S.A.W. Cuma kita perlu mengambilnya dengan sebaik-baiknya agar manfaat penawar itu dapat kita rasai. Penawar-penawar tersebut ialah :

1.Solat fardhu
2.Zikrullah
3.Bacaan Al-Quran
4.Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
5.Solat-solat sunat
6.Wudhuk
7.Doa

Thursday, November 6, 2008

Bahayanya dosa dan maksiat...

Ketahuilah sahabatku,
Bahayanya dosa dan maksiat terhadap hati seperti bahayanya racun terhadap tubuh badan. Kesan bahayanya itu berbeza-beza. Ada yang kuat dan ada yang lemah. Di antara kesan dosa dan maksiat terhadap manusia di dunia ialah :

1.Tidak mendapat ilmu yang manfaat kerana ilmu Allah itu adalah nur ( cahaya ). Nur Allah takkan turun ke dalam hati dan diri orang yang melakukan maksiat.

2.Memadamkan cahaya hidayah yang ada di dalam hati.

3.Menjauhkan diri daripada Allah.

4.Menyebabkan urusan hidup menjadi susah.

5.Menimbulkan kegelapan di dalam hati.

6.Melemahkan tubuh badan.

7.Merosakkan akal.

8.Menjauhkan keberkatan.

9.Mewarisi kehinaan.

10.Menghilangkan pelbagai kenikmatan dan penyebab kefakiran.

Assalamualaikum.....

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.....Selamat datang ke blog ustaz Fauzi....